Khamis, 10 Mei 2012

Buku Doktor Umum-Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad

Kini saya sedang menghabiskan bacaan Buku Doktor Umum-Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Agak tebal dan memerlukan masa dan kefahaman untuk membacanya. Tidak dinafikan ia buku yang amat menarik dan berhemah. Di dalam laporan Berita Harian ada menyatakan berkenaan pelancaran buku tersebut :





'Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad' dilancar
2012/04/30

PUTRAJAYA: Buku "A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad" versi bahasa Malaysia dilancarkan hari ini selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan. 

Bertajuk "Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad", buku tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90.

Bercakap pada majlis pelancaran itu di sini, Dr Mahathir berkata apa yang diharapkan beliau ialah orang ramai akan gembira dan berpuas hati dengan hasil terjemahan tersebut.


Buku yang mengambil masa lapan tahun untuk dihasilkan itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Kadir Jasin. 

Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara. - BERNAMA